[VIDEO] “Kalau Lah Saya Tahu..” – Wanita Ini Sedih Bila Ramai Desak Tanya Tentang Zuriat
Rozyana menerima pelbagai soalan dan desakan daripada orang sekelilingnya tentang bila dan mengapa dia belum dikurniakan zuriat.
Aku menangis… ##prayforme ##fypシ
Ada yang bertanya sama ada dia sudah pergi check dekat doktor atau belum, dah pergi urut ke belum, jaga pemakanan atau tidak, dan macam-macam lagi.
Siapa je yang tidak mahukan anak, tetapi itu semua percaturan Allah SWT. Di akhir video tersebut, Rozyana ada berkata sesuatu untuk mereka yang sering mendesaknya tentang zuriat.
Suami aku kata maafkan jelah orang yang cakap macam tu. Kalau tak, hati tak tenang. Saya maafkan orang yang bernama angah. Terima kasih 💕
“Kalau saya tahu bila saya boleh mengandung, sudah pasti saya akan jawab, ya, esok saya boleh mengandung,” katanya.
Rozyana juga ada memuat naik video dia bersama suaminya perjelas isu dengan seorang netizen yang memerli mereka tentang soal anak ketika dia sedang buat live di TikTok
Mendapat kata-kata semangat daripada mereka yang mengalami nasib sama sepertinya
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga lebih setengah juta tontonan dan hampir 3,000 komen di TikTok, Rozyana mendapat banyak kata-kata positif dan semangat daripada netizen.
Ramai di antara mereka juga pernah mengalami nasib sama sepertinya, iaitu lambat dikurniakan anak. Tak kurang juga, ada yang sempat memberi tips untuk dia dan suami supaya membaca surah selepas solat dan sebelum tidur.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Terkini
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://says.com/