Terima Pelbagai K3caman Netizen Lepas P0sitif C0vid-19, Ini reaksi tenang Alif
Setelah beberapa hari menjalani kuarantin, Alif Satar yang disahkan p0sitif Covid-19 hujung minggu lalu akhirnya tampil ‘buka mulut’ terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
Kata Alif, dia mengikut SOP ketika ke mana-mana sahaja dan sewaktu menjalani penggambaran di Melaka, keputusan yang diperolehinya adalah negatif dan sambung kerja macam biasa.
Malah, ketika ditanya oleh Harian Metro mengenai kecaman tersebut, Alif berkata dia tidak marah dan tidak ambil pusing.
Kalau ada atau masih menghentam tidak apa sebab mereka tak tahu situasi. Saya tidak marah pun. Nak kata, kata lah.”
Menyedari ada yang memepertikaikan kenapa tak duduk di rumah selepas selesai menjalani ujian saringan kali pertama, Alif menegaskan dia tidak ada kontak dengan sesiapa, jadi tidak perlu kuarantin dan ia merupakan arahan daripada petugas kesihatan.
“Ini arahan diberikan oleh petugas kesihatan. Pendek kata, saya tidak kisah sebab yang bercakap ini mereka tak tahu. Mereka juga tidak rasa dan berada dalam situasi saya,” katanya.
Kata Alif lagi, ia perkara yang tidak dijangka kerana dia tidak bergejala dan mengalami demam. Mengenai perkembangan terkininya, Alif yang kini ditahan di Hospital Melaka menjelaskan bahawa dirinya kini dalam keadaan stabil.
“Alhamdulillah, selepas lima hari empat malam di sini, saya okay dan stabil. Tekanan darah, buah pinggang dan lain-lain termasuk selera makan semuanya okay.”
Namun dia kehilangan deria bau sejak tiga hari lalu.
“Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau. Difahamkan ini antara gejala wabak ini. Saya pakai sabun mandi dan deodaran pun tak boleh hidu bau. Namun, yang lain semuanya okay.“
“Alhamdulillah, saya ditempatkan sebilik dengan pembantu peribadi. Disebabkan di sini tidak ramai pesakit Covid-19, jadi banyak katil kosong. Kami dijaga baik oleh kakitangan dan jururawat di sini,” katanya.
Terpaksa tolak tawaran dan tangguh penggambaran
Sepanjang tempoh rawatan, Alif juga melakukan aktivitinya di hospital sama seperti di rumah.
“Aktiviti di sini saya buat macam-macam. Saya cuba buat aktiviti seperti di rumah. Contoh, pada waktu pagi saya jogging keliling bilik. Pada sebelah malam, saya bangun untuk solat tengah malam,” katanya.
Kedua ibu bapanya kini sudah bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh, hari ini. Namun, adik bongsu dan datuknya masih lagi dirawat di hospital sama.
Malah Alif juga terpaksa membatalkan beberapa program yang sudah diatur.
“Saya terpaksa tolak dua program bersama RTM. Penggambaran drama Penjara Janji pula ditangguhkan. Saya juga akan terbabit dengan penggambaran filem pada 9 Disember ini. Harapnya saya sempat nak buat,” katanya.
Sama-sama kita doakan semoga Alif sekeluarga dan rakan-rakan artis yang lain cepat semb-uh.
Datuk P0sitif
Datuk kepada penyanyi Alif Satar yang kini berusia 91 tahun turut disahkan p0sitif Covid-19, Sabtu lalu.
Alif menerusi hantaran di Instagram berkongsi, datuknya, Mohamad Che Noh kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Turut dirawat di sana ialah ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dijangkiti Covid-19.
“Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesakit Covid-19. Saya minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan saya terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua.
“Terima kasih warga barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga saya dan semua pesakit Covid-19. Anda semua sudah jalankan tugas dengan baik,” katanya.
Sementara itu, isteri Alif, Sha Dila Hadid ketika dihubungi berkata, datuk Alif tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.
“Pakwan pun disahkan positif pada Sabtu lalu. Dia tidak ada apa-apa sakit kr0nik, cuma jalan saja kena pimpin atau pakai tongkat. Mungkin Pakwan terkena jangkitan sebab semua bergilir-gilir menjaga dia. Kasihan juga apabila dia kena,” katanya.
Sumber: Hmetro Online