Selepas KWSP Umum Akaun 1 Boleh Keluar, Najib Tampil Persoalkan Sesuatu


Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah 90,000, mereka boleh mem0hon pendahuluan hingga 9,000.

Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi 90,000, pendahuluan yang diberikan adalah hingga 60,000.

Katanya, permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula berkata, kerajaan sedar bahawa KWSP merupakan simpanan hari tua ahli, maka terdapat keperluan untuk mengimbangi antara bantuan untuk menghadapi cabaran masa kini dengan kepentingan persaraan untuk masa depan.

“Kerajaan yakin bahawa pendekatan yang diambil dapat mengimbangi keperluan ini.

“KWSP memberi jaminan bahawa usaha akan diteruskan untuk memenuhi mandat kepada ahlinya iaitu mengukuhkan jaringan perlindvngan s0sial melalui pelaburan dan pembangunan secara lebih strateglk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selepas pengumuman tersebut, Najib Razak dilihat memberikan reaksi beliau di facebook rasminya.

Akhirnya bukan susah pun. Siapa yang kata susah?

KWSP baru umum

Bayaran pertama lumpsum sehingga 4k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak 90,000 dan ke bawah.

Baki 5k (menjadi jumlah keseluruhan pengeluaran 9k) dibayar secara ansuran bulanan.

Bayaran pertama lumpsum sehingga 10k bagi mereka dengan baki akaun 1 sebanyak 90,000 dan ke atas.

Jumlah pengeluaran dibenarkan ialah 10% daripada akaun 1 (sehingga 60k) dan dibayar secara ansuran bulanan.

Tapi kebimbangan saya ialah jumlah ahli yang layak dianggarkan sebanyak 2 jvta orang sahaja berbanding 4.7 jvta orang bagi skim I-lestari.

Mungkin perlu sedikit pencerahan bagi isv ini sebab syarat hanya untuk mereka yang kehllangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.



Bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan bulanan yang telah turun tetapi tidak hilang kerja?.

Sekarang kita tunggu kepvtusan bagi lanjutan morat0rium pinjaman secara aut0matik dan secara pukal.

Sumber : Sinar/FBNajibRazak