Pakar ekonomi pesan Jgn guna wang i-Sinar KWSP utk perkara ini
Para pencarum dinasihatkan agar tidak menggunakan wang akuan satu i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai modal perniagaan.
Memetik laporan Berita Harian, peringatan itu diberikan oleh Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan Pejabat Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari kepada pencarum yang layak mengeluarkan caruman dalam skim baharu yang diperkenalkan kerajaan tersebut.
Beliau berkata, wang berkenaan perlu digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat tiada pekerjaan dan hilang punca pendapatan.
“Bagi pencarum yang terjejas mata pencarian dan ingin memulakan perniagaan, mereka perlu melalui saluran yang betul seperti mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan yang khusus, bukan bergantung kepada wang i-Sinar.
“Pencarum kena berhati-hati menggunakan wang pengeluaran yang ada dalam keadaan tidak menentu ini kerana risiko adalah tinggi jika ingin melaburkan semuanya dalam perniagaan,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, keputusan KWSP untuk memfokuskan kepada golongan bersasar dan amat memerlukan saja adalah adil dalam mengimbangi keperluan rakyat dan ekonomi negara.
Katanya, jika semua ahli dibenarkan membuat pengeluaran, ia memberi kesan kepada dana KWSP dalam memacu pelaburan ekonomi yang bergantung kepada hasil tabungan kerajaan dan rakyat.
“Malaysia bakal menjadi negara tua pada 2030 dengan jangka hayat penduduk meningkat, bermaksud mereka ini memerlukan tabungan persaraan yang mencukupi,” katanya
Berikut pula reaksi dari orang ramai
“Dah ramai tunjuk kebijaksanaan pasal kwsp, semuga dipermudahkan segala2…nak selamat kuarkan 10k dulu Dan sedekah 2% kepada anak2 yatim… Kompom pelaburan yg Allah janji kan… Renung2 kan laa bersama…
” Marah betul ni, orang minta Kuar 10k ,saja,nak bagi Kuar sampai 60k , buat,pastu bagi yang hilang kerja saja mana adil, yang ada kerja pun ingat semua senang ka,ada susah, pendapatan terjejas musim covid ni..nak bagi ,bagi semua pencarum dpt ,biar semua puas hati… jawatan ja besar ,otak kecik tak boleh nak pikir ka, sekarang orang tgh susah..
“Habis kalau tak berniaga nak buat apa utk dapatkan pendapatan di zaman banyak majikan sudah mula gulung tikar? Macam2 alasan diberi utk tidak membenarkan rakyat utk tuntut hak mereka sendiri dikala mereka sedang tersepit
Dalama pada itu Ketua Pemuda UMNO menggesa kerajaan untuk melonggarkan syarat pengeluaran wang KWSP
KWSP WAJAR PERLONGGARKAN SYARAT
1. Ramai yang mengadu kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia termasuk yang hantar mesej kepada saya perihal syarat-syarat yang dikenakan oleh KWSP bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat daripada pengeluaran wang mereka melalui Skim I-Sinar yang diumumkan semalam.
2. Melihat kepada ringkasan syarat permohonan i-Sinar yang dihantar kepada salah seorang pengadu, nampaknya semacam KWSP begitu rigid dan ketat dalam meletakkan syarat pengeluaran Akaun 1 pencarum.
3. Ramai yang terjejas teruk punca pendapatan tetapi tidak berada dalam kategori diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji.
4. Malah ramai yang menjadi pencarum selama puluhan tahun tetapi sudah tidak mencarum dalam tempoh Mac 2019 hingga Februari 2020 sebagaimana yang disyaratkan. Namun, hakikatnya mereka tetap berdepan dengan isu kelangsungan hidup akibat terjejas teruk sumber pendapatan kerana kerugian perniagaan sepanjang pandemik.
5. Kes-kes seperti ini adalah sebahagian sahaja daripada pelbagai kesengsaraan rakyat yang susah dan mengharapkan wang simpanan mereka dapat dikeluarkan daripada KWSP secara sekaligus untuk menyelesaikan banyak perbelanjaan dan komitmen yang tertunggak.
6. Sebab itulah Pemuda UMNO mengharapkan ihsan pihak KWSP untuk memperlonggarkan syarat agar mengambil kira juga rakyat yang ketika ini benar-benar sengsara akibat kekangan punca pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
#PemudaJurubicaraRakyat
#TradisiMembelaRakyat
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami