Kerajaan akan Perluas Kelayakkan Pengeluaran KWSP, Ini yang perlu anda tahu kata Menteri Kewangan


MALAYSIA: KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia untuk memperluaskan kelayakan pencarum bagi pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dengan semua pihak terlibat.

“Kami masih lagi berunding dan proses perbincangan bersama KWSP masih berjalan untuk kita perluaskan dengan mengambil kira keresahan rakyat.

“Jadi selepas rundingan itu selesai, kita perlu tunggu dalam beberapa hari lagi untuk saya serta KWSP umumkan berhubung usaha memperluaskan kepada lebih 600,000 rakyat menerima faedah ini.

kwsp keluarkan 2000

“Kita juga akan jelaskan kenapa kita buat demikian,” katanya dalam sidang media di Wisma Bernama di sini pada Sabtu.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan bagi meringankan beban kewangan ahli-ahli yang terjejas.

Sebelum ini, KWSP telahpun memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

Skim itu telah memanfaatkan kira-kira 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

‘Dana KWSP harta rakyat, bukan rizab negara’

PASIR GUDANG – Dana persaraan dalam tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan harta peribadi rakyat dan bukan rizab negara.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, rakyat mempunyai hak ke atas wang yang dicarum dan perkara tersebut turut dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang yang mengawal selia operasi KWSP tidak boleh mengatasi undang-undang dan dasar negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 13 menjamin hak rakyat terhadap harta dan wang mereka.

Cadangan KeIuarkan RM10K Simpanan KWSP Akaun 1 Dapat Sokongan Dripada Orang Ramai

“Kerajaan Malaysia patut membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan akaun satu mereka sehingga RM10,000 sekali gus.

“Benarkan mereka keluarkan duit tabungan mereka setakat RM10,000 sahaja sekali gus. Mereka boleh memulakan ikhtiar baharu untuk meneruskan hidup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Permintaan untuk membenarkan pengeluaran akaun satu KWSP sebelum ini timbul selepas terdapat cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang dengan mengehadkan pengeluaran secara sekali keluar atau ‘one-off’ sehingga RM10,000 daripada akaun berkenaan.

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan.

kwsp selepas bersara

Bagaimanapun beberapa pihak meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang simpanan daripada Akaun Satu oleh pencarum KWSP sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 secara sekali gus.

Hassan berkata, jika tidak setuju maka kerajaan perlu memberi bantuan RM1,000 setiap bulan kepada semua pekerja warganegara yang hilang pekerjaan kerana koronavirus (Cooviid-19) sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu.

BELANJAWAN 2021: Kerajaan benarkan keluar simpanan Akaun 1 KWSP secara bersasar

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

“Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

“Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Berita Gembira Buat Rakyat Diumumkan Perdana Menteri berkaitan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Jelas beliau, ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021.

Antara inisiaitf lain, Tengku Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja turut dikurangkan daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.

“Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.

“KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000,” katanya.
Skim tersebut ujar beliau telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.