Ini Punca Kenapa Ebit Lew Kena Mohon Maaf Sebab Tolong Pelajar UPSI
Baru-baru ini penceramah terkenal, Ebit Lew telah membantu menghantar pulang pelajar-pelajar universiti pulang ke kampung selepas pendaftaran pelajar dinasihatkan untuk ditangguhkan terlebih dahulu oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Bagaimanapun dalam perkongsian status terbarunya di Facebook, dia telah memohon maaf secara terbuka di atas perkara yang dilakukannya itu.
“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama vice cancelor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri”
“Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, pelaksanaan tersebut adalah demi menjaga keselamatan pelajar dan mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku sepanjang perjalanan pulang pelajar-pelajar terbabit.
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, antara bas yang telah berlepas adalah menghala ke Pantai Timur.