Dari kecil hingga remaja, anak autisme beri surat doakan Dr Zulkifli sihat
Seorang kanak-kanak autisme bernama Wan Aiman sering menjadi perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sejak beberapa tahun lalu.
Ini kerana kanak-kanak berusia 14 tahun tersebut tidak lupa mengikuti perkembangan terkini bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu selain memberikan warkah tulisan tangan apabila bertemu.
Terbaru, Wan Aiman atau nama penuhnya Wan Azmeen Aiman Wan Awat memberikan sepucuk surat kepada beliau selepas sesi kuliah di sebuah surau di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.
Wan Aiman suka tulis surat kepada saya
Menerusi warkah tersebut, anak bongsu dari empat beradik itu memohon Dr Zulkifli mendoakan ibu bapa yang mempunyai anak autisme supaya terus sabar dalam membesarkan anak istimewa.