Asyik Sibuk Berniaga Di Kampung, Balu Abam Bawa Anak Berjalan2 Sekitar KL
Selepas selesai isu tuntutan faraid Khamis lalu, balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah meluangkan masa dengan membawa anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Menerusi laman Instagram, ibu berusia 28 tahun itu berkongsi beberapa posting memaparkan Hamzah yang berusia setahun dua bulan seronok menikmati pemandangan di ibu kota.
Ronda2 naik MRT
Bergambar di hadapan Pavilion
“Happy anak ibu berjalan-jalan sekitar bandaraya KL,” tulisnya ringkas.
Posting tersebut mendapat perhatian netizen untuk memberikan komen dimana rata-rata memuji kecomelan anaknya yang sudah mula pandai berjalan.
Tidak kurang terdapat juga segelintir menitipkan kata-kata semangat agar Hidayah terus kuat membesarkan Hamzah tanpa kehadiran suami di sisi.
Bila penat berniaga, sekali sekala ronda2
Comelnya Hamzah! Moga terus bahagia
Jadi anak yang soleh…
Tak semua wanita kuat macam sis!
Hidayah berkahwin dengan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan pada 2017 dan dikurniakan Hamzah sebelum pelawak tersebut meninggal dunia pada 10 Februari lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM
Sumber : Hidayah Abam