Motosikal Terbabas Masa Konvoi, Anggota Polis Maut Tinggalkan Balu & Anak 8 Bulan
Seorang anggota polis meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan di Kampung Brisu dekat Alor Gajah, Melaka pagi tadi.
Menerusi laporan The Star, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata mangsa dikenal pasti sebagai Lans Koperal Mohd Zaini Mahat yang bertugas di Balai Polis Tengkera, Melaka Tengah.
Memetik laporan Harian Metro pula, Allahyarham yang berusia 33 tahun melakukan konvoi bersama tujuh rakan sebelum motosikal ditungganginya terbabas dan bertembung dengan lori sampah.
“Arwah meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia lapan bulan serta kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
“Tempat berpaut saya dijemput pulang…” – Isteri Allahyarham
Rata-rata rakan Allahyarham terkejut mengenai pemergian tersebut dengan meluahkan rasa hiba melalui beberapa posting di laman Facebook.