Malaysia diiktiraf antara negara berjaya urus wabak Covid-19 di dunia – PM
Perjumpaan bersama warga JPM yang lazimnya diadakan di Dataran Perdana, Perdana Putra pada setiap bulan itu merupakan yang pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Menyentuh
mengenai isu pandemik tersebut, beliau meluahkan rasa syukur apabila
Malaysia diiktiraf antara negara yang berjaya menguruskan wabak tersebut
di dunia.
“Kesemua ini adalah usaha yang bersungguh-sungguh baik di peringkat kerajaan mahupun rakyat jelata. Menguruskan secara bijaksana, tegas, berani dan membuat keputusan segera dan tepat.
“Kerana ia melibatkan soal kesejahteraan rakyat. Kerajaan tidak memandang remeh walaupun kita tidak mempunyai pengalaman bagi menguruskan hal sebegini selama tempoh lebih 60 tahun lalu,” katanya.
Tonton minit 18:45
Sumber : Tan Sri Muhyiddin Yassin